Saturday, June 12, 2010

Kekasih yang terindah..

Kekasih

lewat senja rindu mula bertamu
mengharap penyesalan atas dosa-dosa silam
lalu aku bertasbih di Mahgrib ini
melangkah Isyak yang menanti


Tengah malam aku yang sepi
aku terlena dalam doa yang panjang
mengharap Engkau mendengar
kerana Engkau Maha Mendengar
mengharap Engkau mengerti
kerana Engkau Maha Mengetahui


Silamku adalah satu pengajaran yang pahit
mengenal manusia dan keperibadian
melalui cerca dan makian
ditambah fitnah yang amat mengejutkan


Tuhanku,

Rebahkanlah daku dalam pangkuan-Mu
dakaplah daku seeratnya dalam pelukan Islam-Mu
kerana tiada yang lain tempatku berserah
melainkan kepada-Mu,Ya Allah…


2 comments:

nur said...

hanya Dia lah kekasih terindah..cintaNYA xkan pernah menghampakan kita..oleh itu carilah cinta Allah...x rugi kita mencintai Allah..ingatlah..Allah sntiasa bersama kita...=)

nur said...

Daripada Abdullah ibn Abbas r.ahuma, bahawa Rasulullah pernah berdoa, “ Ya Allah aku berserah kepada Engkau, aku beriman kepada Engkau, aku bertawakal kepada Engkau, aku kembali kepada Engkau dan aku berjuang kerana Engkau. Ya Allah ,aku berlindung dengan kemuliaan dan kekuatan Engkau, tiada Tuhan yang aku sembah melainkan Engkau, janganlah aku disesatkan . Engkau yang hidup dan tidak akan mati sedangkan jin dan manusia semuanya akan mati ( Muttafiqun alaih)