Tuesday, December 21, 2010

Kerana aku..

Kerana aku hambamu yang lemah,
aku sering tewas dengan godaan syaitan
nafsu menguasai diriku..

Kerana aku hambamu yang hina,
aku sering melakukan perbuatan yang mengundang kemurkaanmu
acap kali aku memohon keampunan daripadamu.
namun,
ku tetap mengulangi perbuatanku..

Kerana aku hambamu yang kerdil,
aku sering tersungkur di dalam perjalananku
keindahan duniawi mengaburkan mataku..

Kerana aku hambamu
aku akan tetap memohon keampunan dan keredhaan darimu..
aku lemah
aku hina
aku kerdil
aku memerlukan bimbinganmu untuk ku meraih cintamu semula..



KeredhaanMu
Album : In-Team'04
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


Ya Allah, Ya Tuhanku
HambaMu merindukan
Rahmat kasih sayangMu
Dan jua keredhaanMu
Dalam hidupku

Meskipun ku ulangi dosa noda
Yang menjanjikan azab sengsara
Namun ku sedari
KeampunanMu tidak bertepi

Ku akui diri ini
Hamba yang mungkir pada janji-janji
Jadikanlah taubat ini yang sejati
PadaMu Ilahi

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku
Ya Allah, redhakanlah kehidupanku
Moga terhapus penghijab kalbu
Antara Kau dan aku

Tuhan,
Ku zalimi diri ini
Andai Kau tak ampuni dan rahmati
Alangkah ruginya diri

Tuhan,
Jangan Kau palingkan hati ini
Setelah Kau beri hidayah
Sesungguhnya Kau Maha Pengasih

No comments: