Semalam, Prof Wiki kita telah berjaya menjawab persoalan yang selama ini saya cari-cari. Siapakah Prof Wiki yang sangat hebat itu? Tentulah tidak lain dan tidak bukan Saudara Haniff Azlan Syah kita. Dia memberi jawapan kepada persoalan berkenaan seorang yang bernama ‘K’. Pastilah bukan Datuk K yang dibicarakan walaupun Datuk K baru sudah muncul. Saya selalu tertanya-tanya, kenapa Khalid Al-Walid tidak dipilih oleh Allah untuk mati syahid ketika berperang?Pada saya, seperti yang semua sedia maklum, Khalid Al-Walid mati di atas katil, dan situasi ini pada saya sangatlah ironi. Memang dari dulu lagi saya tertanya-tanya, kenapa Allah tak pilih Khalid Al-Walid untuk mati syahid di medan perang. Bagi seorang muslim, Jundullah, gugur syahid di medang perang adalah matlamat utama dan merupakan kemenagan hidup yang tidak ternilai. Semua Jundullah mengimpikan dan menginginkan syahid dan Khalid Al-Walid juga mempunyai matlamat yang sama, namun kenapa Allah tidak memilihnya untuk Syahid di medan pertempuran. Kadang-kadang terasa Allah tidak adil pada hamba-Nya yang gigih mengejar syahid sedang Khalid Al-Walid berperang bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan sangat mengimpikan syahid.
Namun Allah itu Maha Adil lagi Maha Bijaksana. Menurut Prof Wiki kita, Khalid Al-Walid tidak gugur syahid di medan perang adalah sangat berkaitan dengan gelaran Saifullah (Pedang Allah) yang diberikan oleh Rasulullah pada beliau. Mana mungkin untuk seorang yang digelar Pedang Allah untuk gugur dan kalah ditangan Musyrikin. Seorang yang diangkat martabatnya dengan gelaran Pedang Allah tidak mungkin akan tumpas dan tewas di tangan orang kafir dengan senangnya kan. Sungguh Allah itu Maha Adil lagi Maha Bijaksana.
Cuba lah Tuan-tuan dan Puan-Puan bayangkan, sekiranya satu pedang yang digunakan untuk bertempur patah ketika berperang, apa akan jadi kepada pemegang dan pemilik pedang itu. Memang sangat pasti akan disiat-siat oleh lawan dia kan. Begitulah juga senarionya dengan Khalid Al-Walid. Sekiranya dia syahid di medan perang, barisan umat islam pada ketika itu akan goyah dan berterabur. Imej dan kredibiliti umat islam juga akan jatuh, kerana seorang yang digelar Pedang Allah, mati dibunuh mereka. Motivasi umat islam pasti akan jatuh mendadak. Maka Allah yang Bijaksana menakdirkan Khalid Al-Walid untuk syahid di katil kerana itu adalah yang terbaik buatnya. Subhanallah.
Adapun, kita sebagai umat islam yang telah diberi gelaran KHALIFAH oleh Allah, pasti ada medan jihad kita yang tersendiri. Allah telah tentukan Nafsu itu sebagai suatu yang perlu ditentang. Semua orang berperang di medan jihad Nafsu. Sungguh jihad keatas nafsu adalah jihad yang sangat besar.Cuba kaitkan situasi Khalid Al-Walid dengan kita. Kita juga mendapat gelaran yang sangat hebat dari Allah iaitu seorang Khalifah. Tetapi cuba bayangkan jika kita tewas di medan perang nafsu. Layak ke kita untuk mendapat gelaran tersebut. Khalid Al-Walid pasti boleh ‘claim’ dengan bangganya dia adalah Pedang Allah kerana di tidak pernah tumpas di medan perang, walaupun dia syahid di atas katil tapi dia layak menerima gelaran tersebut. Kita juga perlu sentiasa menang dalam pertempuran dengan nafsu, kerana barulah nanti kita boleh berbangga di hadapan Allah, kita layak menerima gelaran Khalifah yang diberikan.
Kita mungkin tidak dipilih oleh Allah untuk berjihad di Palestine, tapi kita dipilih oleh Allah untuk berjihad di Medan Nafsu. Kalau nama pun jihad, mesti la payah kan. Kalo senang tak payah berjihad la. Bila kita terbaca kisah Khalid Al-Walid yang tak pernah kalah dalam pertempuran, mesti kita rasa kagum dan bangga. Sebenarnya, kita boleh kagum dan bangga mungkin juga terkesima dengan diri sendiri jika kita sentiasa melawan nafsu. Bagaimana cara kita mati dan bila kita mati itu adalah ketentuan Allah. Mati katak atas jalan raya ka, mati dalam tidur ka, mati tengah berperang ka, itu suma kita tak tahu. Tak kira walau macam mana pun kita mati, kita mesti nak jadi pemenang. Kalau kita Berjaya menundukkan nafsu sehingga kita mati, nescaya kita adalah pemenang yang tiada taranya. Bak kata Vince AF ‘ Setiap orang adalah pemenang, tiada pengalah’. Maka pasti kita boleh menjadi pemenang.
Pernah terdengar seorang ustaz nih cakap. Kita tak mungkin boleh menjadi Khalid Al-Walid yang tak pernah tewas di medan perang, dan kita juga tak mungkin boleh menjadi Firaun yang tak pernah sakit dan sangat kaya, sedangkan kita Swine Flu datang, kita dah menggelabah. Tapi kita boleh mendapat tempat yang sama seperti Khalid Al-Walid di Syurga nanti dan juga boleh mendapat tempat yang sama seperti Firuan dineraka nanti. Saidatina Aisyah’ berkata, yang paling menghampiri syahid adalah, berusaha tidak membuat kejahatan. Maka kita boleh dapat syahid kalau kita sentiasa lawan nafsu. Tapi kita boleh tinggal serumah dengan Firaun di neraka nanti kalo kita sentiasa buat jahat macam Firaun.
No comments:
Post a Comment