Tuesday, May 18, 2010

Especially for you..


Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah tercipta daripada tulang rusuk adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi,bukannya diciptakan daripada kepala untuk disanjung dan dipuja,bukan pula diciptakan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya.Lantaran daripada keindahan ciptaanmu itu,kau umpama sekuntum bunga mawar yang mana harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu.Adakah semudah itu kau ingin menyerah kepada sang kumbang?
Renunglah pada keindahan bunga mawar yang unggul terjaga berpagarkan duri sebagai bentengnya.Dari kejauhan keharumannya mencuri perhatian.Kilauan warnanya yang memancar indah menjadi tarikan.Namun,lantaran pagar duri yang berbisa itu,sang kumbang tertunduk kagum terhadap keindahan yang terjaga sehingga terfikir beberapa kali sebelum mendekatinya.
Akuilah hakikat kejadianmu yang menjadi pelemah keimanan lelaki.Seandainya pakaian malu kau tinggalkan daripada tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan,jadilah dirimu hanya sekuntum bunga yang indah,tetapi sayang tidak berduri.Kau tidak layak lagi dimahkotakan sebagai si mawar berduri.
Sesungguhnya utusan Allah ada mengatakan tentang bahaya dirimu,
“Tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku selain daripada fitnah yang berpunca daripada wanita.”
Adakah kau mahu menjadi penyebab terhadap terhumbannya lelaki ke neraka?Ingatlah bahawa cirri-ciri wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihatnya melainkan dengan urusan tertentu. Sesuatu yang tertutup lebih indah jika dibandingkan dengan yang terdedah.Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yang kudus,suci,mahal,dan berharga buat kumbang terpilih yang telah dijanjikan Allah untukmu.
Indahnya hidup ini andai melayarinya dengan bernaungkan keredaan Allah,bertunjangkan ilmu dan kebenaran,bersulam akhlak penuh menawan.Sesungguhnya wanita solehah menjadi impian setiap insan soleh bernama adam.
Wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik..
Ya Allah!jadikanlah kami bidadari syurga.

1 comment:

nur said...

ya...wanita itu fitnah...maka jagalah dirimu..dgn baik..jdikan iman sbg perisaimu..=)