Monday, August 8, 2011

***



~SeGaLaNya MiLiKMu~
Kau yang menciptakan cinta
Dan Kau jua yang menghampar bahagia
DiribaanMu terhimpun harapan
Impian tulus setiap insan
Kau yang mengutuskan duka
Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
Namun padaMu jua diadukan
Merebahkan keresahan dan tangisan
Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu
Di celah hangat nafas yang terhela
Ada dingin saat menyeru (menyebut) namaMu
Terarah segala ronta dan rasa
Pada damainya dakapanMu
Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu di segenap ruang rasaku
Telah Kau titipkan kekuantan
Oh Tuhan
By : Mestica



















gmba nih 100% haruhi1012 production..



p/s: qila!! hepi rase..bru skjp kat skolah td sy ngadu kat awk psal kekurangan mklumat psal ***..balek rmh trus dpt mklumat..ngee~

Monday, July 11, 2011

Doa

Allah berfirman: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” Al Baqarah: 186



Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Allah (Yang Maha Suci Lagi Agung) turun ke langit dunia pada sepertiga yang akhir di setiap malam. Dia berfirman: “Barangsiapa mendoa kepada-Ku, akan Ku perkenankan doanya. Barangsiapa meminta kepada-Ku akan Kuberi dia. Siapa yang minta ampun, akan Kuampuni dia.” H.R. Bukhari.

Berdoa merupakan salah satu daripada elemen yang penting dalam kehidupan seseorang Muslim. Ia adalah pengakuan hamba terhadap kekuasaan Allah yang mutlak ke atas segala yang berlaku dan adalah bentuk pengabdian seorang hamba kerana hadirnya perasaan berhajat kepada Allah s.w.t.

Sementara itu doa adalah penggerak dalaman yang memberikan kekuatan, keyakinan, harapan dan keberkatan dalam apa jua amal perbuatan. Maka tidak hairan di dalam Islam setiap langkah sesuatu perbuatan, ada doa-doa tertentu yang digalak supaya diamalkan sebelum ataupun selepas melakukannya.

Kelebihan atau fadhilat doa itu pula amat besar dan banyak sekali. Melalui doa, keampunan dan rahmat diperolehi, dan melalui doa juga musibah dan kesusahan terhindar. Pendeknya, jika Allah menghendaki dan merestui doa hambaNya, tidak ada satu daya kuasapun yang dapat menghalangnya dan Allah tidak akan mensia-siakan keikhlasan orang yang berdoa itu.

Perlu diingat bahawa untuk mendapat doa yang dimakbulkan, adab-adab atau peraturan berdoa mestilah dipelihara oleh setiap orang yang berdoa. Di antara tuntutan dan etika berdoa itu ialah:
1. Memelihara sumber rezeki seperti makan, minum dan pakaian daripada sumber yang haram.

2. Berwudhu dan memulakan serta mengakhiri doa dengan menyebut dan memuji nama Allah serta berselawat kepada Rasulullah s.a.w.

3. Berdoa dengan jalan bertawassul dengan amal soleh.

4. Berdoa dengan mengadap qiblat dan mengangkat dua tangan sekira-kira nampak putih ketiak dan menyapu kedua tapak tangan ke muka setelah selesai berdoa.

5. Bersungguh-sungguh dalam berdoa dan merasa penuh yakin akan diperkenankan.

6. Berdoa dengan disertai keredhaan hati, khusyuk jiwa yang tulus ikhlas, merendahkan suara di antara berbisik dan nyaring dan diiringi dengan perasaan takut terhadap azab Allah dan penuh harapan dengan limpah kurniaNya.

7. Tidak berdoa dengan sesuatu yang tidak selayaknya.

8. Berterusan berdoa dan mengulang-ulang doa sebanyak tiga kali dan tidak berputus asa serta tergesa-gesa dengan menganggap doa tidak dikabulkan.

9. Memilih dan mengutamakan waktu-waktu dan tempat atau ketika doa mudah dan cepat dikabulkan. Diantaranya:
i. Di 1/3 akhir waktu malam dan selepas menunaikan sembahyang fardhu.

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Allah (Yang Maha Suci Lagi Agung) turun ke langit dunia pada sepertiga yang akhir di setiap malam. Dia berfirman: “Barangsiapa mendoa kepada-Ku, akan Ku perkenankan doanya. Barangsiapa meminta kepada-Ku akan Kuberi dia. Siapa yang minta ampun, akan Kuampuni dia.” H.R. Bukhari.



ii. Ketika Lailatulqadar.
iii. Hari Arafah.
iv. Di bulan Ramadhan.
v. Hari dan malam Jumaat.
vi. Di antara azan dan iqamah.
vii. Ketika berhadapan dengan musuh di dalam peperangan.
viii. Ketika sujud di dalam sembahyang.
xi. Ketika mendengar kokokan ayam.
x. Ketika waktu hujan.
xi. Ketika meminum air Zam-Zam.
xii.Ketika membaca al-Qur’an terutama apabila khatam.
xiii Di tempat-tempat yang mulia kerana keberkatan dan kemuliaannya yang dikurniakan oleh Allah seperti di Masjid Al-Haram, masjid An-Nabawi dan Masjid Al-Aqsa.

Berdoa menunjukkan ingatan kepada Allah yang Maha Berkuasa. Mengingat Allah hendaklah dilakukan pada setiap masa, sama ada di waktu senang mahupun susah. Begitulah juga dengan amalan berdoa, hendaklah dilakukan setiap masa, lebih-lebih lagi di waktu senang dan susah doa akan mudah diperkenankan.

Nabi s.a.w. bersabda yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. : Maksudnya : "Sesiapa yang suka supaya dikabulkan doanya oleh Allah di waktu kesulitan dan kesusahan, maka hendaklah dia memperbanyakkan doa di waktu sengan". (Hadis riwayat at-Tirmidzi)


sumber: http://irwanirah.multiply.com/journal/item/154

Sunday, July 10, 2011

Saturday, June 25, 2011

Hias buku

Hari nih..rajen ckit daripade biase






so..nak ajar ckit buat mende..

sy gune mende nih utk hias buku a.k.a diary sy..tapi kalau nk lekatkan mende nih kt tempat lain bole je


Berikut adalah benda yang dimentionkan above..ngee~



















okeyh..fokuskan mata anda pada mende yg brade kt tgh ..bkn pensel kt tepi tuh..
Jom buat!

Bahan2 yg diperlukan..


Gam, Gunting, Gambar atau background image, paper bag (nih bhn yg sy gune..pembalut hadiah pon bole..), kotak, salotape (mcm mne nak eja perkataan nih?), bahan utk mnghias..


Step 1


















okey..jom buat senaman kepale sekali lagii...!!(ignore this)


Mule2 skali..pilih gmba..sy malas nk korbankan gmba sy..jd sy lukis background image sndiri.

Pastu potong ikut saiz yg memuaskn hati, jiwa dan raga...n tampal atas kertas..
tinggalkan space untuk border..sy tinggalkan lbih kurang 1 cm

Then , potong gmba ats ni sekali dengan border..faham??


Step 2


















Next..buat grisan mcm dlm step 1 tuh..tpi yg nih lukis atas kotak..

buat 2 copy yek..copy yg ke 2 x yh ade gris border..


Step 3

















Potong tgh2 die..tingglkan border je..buat satu je..yg lg stu remain the same..


Step 4























Tmpal border die kt depan..n kotak lg satu tuh..tampal kt belakang gamba..


Step 5
























Potong paper bag atau pembalut hadiah mengikut ukuran border..sy nasihatkan tmbhkn 0.1 cm dlm ukuran border..lgi satu..lupe nk britahu td..korang perlukan kertas plastik jernih..(yg buat cover folio tu..)

plastik ni utk lindungi gmba..tampal plastik tu pkai salotape..

lps tu bru tampal border sbnr atas plastik tuh..


The last step

























Hias ikut suke hati...n paste atas buku..Siap!!

Sbnrnye..mende ni ikut kreativiti masing2..bentuk n hiasan boleh di'edit'..
Yg nih..bru buat td..see? bnyk cara boleh buat..







Friday, June 24, 2011

Hatee

Hati..Keraskan dindingmu..


Dari memahat nama-nama manusia..


Yang belum tentu memegang kuncinya..


Teguhlah dirimu menjauh..


Saat insan ajnabi mendekati..


Kukuhkan prinsip diri..


Dari pujuk dan rayu..


Tebalkanlah dengan haya'..


Kerna ia penyelamat dari godaan nafsu..


Godaan ke arah neraka Al-Jahim..


Tapi..Lembutkanlah dirimu..


Pada yang memiliki..


Kerna Ilahi..


Selembut-lembutnya..Sebaik-baiknya..


Terpelihara dari noda dan dosa yang terbias dari niat yang menyimpang..


Agar kau bisa..


Menghias ia indah dengan kalimah-kalimah Allah SWT..


Bahagialah engkau jika insan yang memiliki meredhai..


Kerna ''dia''lah insan yang terletak Syurga bagimu di telapak kaki..


Insan yang mencipta keinginanmu tuk menjadi pasangan buatnya..


Duniawi wa ukhrawi.