Friday, March 4, 2011

Langkah tercipta

Lirik Langkah Tercipta - Unic

Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.

Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.

Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.

Bicara Hati

Bicara Hati


Wahai hati
Sabarlah..
usahlah kau hiasi dirimu dengan kesuraman
usahlah sebegini rupa
Sudah banyak halangan kau tempuhi
Kau begitu tabah
Tetapi mengapa kini kau mula mengalah
Mengalah dengan masa dan keadaan..
Wahai hati
Usah mudah tewas
Bentengilah dirimu dengan perisai-perisai yang kukuh

Wahai air mata
Usahlah kau menitis lagi
sudah acap kali kau mengalir laju
cukuplah...
Usahlah kau menitis demi sesuatu yang tidak pasti
Titisan airmata itu hanya layak di hadapan Tuhan
Untuk menyesali dosa-dosa lalu

Wahai wajah
Usahlah kau hiasi dirimu dengan titisan air mata
Usahlah kau lakarkan dirimu dengan kemurungan
Hiasilah dirimu dengan warna-warna keindahan
Sinarilah dirimu dengan cahaya kebahagiaan

Wahai diri
Usahlah mengharapkan sesuatu yang tidak pasti
Usahlah kau selubungi dirimu dengan masa depan yang tiada kepastian
Sesungguhnya masa hadapanmu hanya Tuhan yang Maha Mengetahuinya
Bersabarlah
Akan ada bahagia sesudah derita
Aku pasti..

Thursday, March 3, 2011

La Tahzan..

"Allah tidak akan membebani seseorang melebihi kesanggupannya"


Kenapa perlu men
geluh?kan lebih baik kalau kita mencari jalan penyelesaian untuk selesaikan masalah yang kita hadapi..Setiap masalah ada jalan penyelesaian.
"Dan mintalah pertolongan kepada Allah dengan jalan sabar dan mengerjekan sembahyang,sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk." (surah al-baqarah ayat 45)

Allah sentiasa akan mendengar rintihan kita sebagai hambanya..Jadi mengadulah kepada Allah krn Allah lbh memahami diri kita lbh dr kita memahami diri kita sendiri..Bersabarlah dengan segala kesusahan dan ujian..sentiasa melihat orang dibwh kita bkn diatas kita..Ujian yang Allah berikan kepada kita tdk sehebat ujian yang diberi kepada kekasih Allah..Sebaiknya banyakkanlah memohon kepada Allah tidak
kira wktu ssh atau sng kerana dgn mengingati Allah hati akan menjadi tenang..

Friday, February 25, 2011

Sahabat





Dalam persahabatan..
perlu ada tolak ansur..
Kalau kita sentiasa merasakan diri kita betul..
Itu ertinya kita pentingkan diri..
kita hanya akan menyakitkan hati orang lain..

Jadilah seorang yang pemaaf..
sentiasa memaafkan kesalahan orang lain..
sebab
kita pun ada salah..
kadang-kadang kita rasa kita dah jadi yang terbaik
dan kita yang selalu menjadi mangsa..
tapi,
kita sebenarnya silap..
kita lah yang palik teruk..
jadi,memaafkan itu lebih baik
dan jadilah kawan yang dapat menerima teguran dan nasihat daripada orang lain..
dan berhenti menyakitkan hati orang lain..

Allah will not give mercy to anyone except those who give mercy to other creatures..

Saturday, February 19, 2011