Saturday, June 26, 2010

nk tanye ckit..

Nk tnye ckit..

kalau mengumpat org tu berdose ke x?

kalau memutuskan silaturrahim tu berdose ke x?

kalau bertabarruj(menghias diri berlebihan utk tontonan umum)tu bole ke x?

kalau tayang aurat dkt laman web sosial tu bole ke x?

kalau meremehkan hukum hakam islam bole ke x?


kalau da taw sume tu berdose..
knp kite msih buat lg?

sedarlah hidup kite di dunia sementare..
yg kekal hanya di akhirat..
minx maaf kalo ade yg terase..
tp rase berdose kalo x tunaikn tanggungjwb sbg saudare seislam..

beubahlah ke arah
kebaikn..

Friday, June 25, 2010

What is L.O.V.E?

What is love? Love is definitely essential in our life. How much we appreciate love in our life? What can we get from love? Here, I will show you what LOVE is.


Lucky;

Being lucky as a Muslim. Learn the meaning of love in Islam is beautiful. I love Allah, Prophet Muhammad (pbuh), my parents, family and all my Muslim sisters and brothers.

Obey;

Obey the rules in Al-Quran and As-Sunnah, we will surely get the perfect blissful life. There are many things that I learnt in Al-Quran and As-Sunnah, including love. As we know, Islam is a religion that loves peace.

Vow;
Vowing that there is no god but Allah, Muhammad is the Messenger of Allah. Only Allah is The One who we cannot forget. He is always watching us and always cares about us.

Effort;
Love is an effort to get the meaningful life. Always caring and being honest is a vital in love. We need to be caring and honest with our brothers and sisters in Islam and to all people all around the world.




That is LOVE, which will always makes us smile and happy, always in our heart, forever and ever...InsyaAllah.


Wednesday, June 23, 2010

Allah telah mengaturkan yg terbaik untukku

Kala hati menangis,
Siapakah yang mampu mendengarnya,
Memujuknya,
Juga mengubatnya?

Ibu??
Rasa terlalu membebankan ibu,
Sudah sering aku mengadu,
Aku malu terus-terusan mengadu,
Walau riaknya,
Seolah-olah mereka dihargai,
Aku tahu..
Ibu sentiasa bersedia,
Mendengar setiap yang dibicarakan,
Mengeluarkan kalimah,
Yang menyejukkan..

Tapi maaf,
Aku tak mahu ibu turut bersedih,
Melihat dan mendengar luahan hatiku,

Ayah??
Raut wajah nya memilu kan hatiku,
Tak sanggup aku menambahkannya,
Tanggungjawab yang dipikulnya,
Sudah cukup menyatakan bebanannya,
Tegakah aku melihat ayah,
Terus terbeban?

Tidak!!
Walau aku tahu ayah ikhlas,
Cukuplah aku yang merasakan..

Sahabat??
Aku tahu engkau ikhlas mendengarnya,
Tapi engkau takkan faham,
Apa yang bermukim di hatiku,
Aku hargai keikhlasan mu,
Mendengar setiap yang kuluahkan,
Memberi semangat kala aku terjatuh,

Maafkan aku,
Walau engkau tak dapat mengerti sepenuhnya,
Aku tahu 1000 kali dihatimu terdetik,
"Andai aku dapat merasainya",
Aku sungguh bertuah,
Didampingi sahabat sepertimu,

Tapi aku akui,
Walau sederas mana air mataku jatuh,
Di hadapan mu,
Hatiku tetap menangis,
Tiada siapa yang mampu memujuknya,
Mahupun mengubatnya..



Hati..
siapakah yang mampu mengubatmu?

Walau aku membuat coretan,
Di atas 1000 helaian kertas sekalipun,
Mereka tetap tak dapat mengerti,
Mengapa aku tidak mahu berkongsi,
Membebaskan semuanya yang terbuku,

YA ALLAH..
KUPOHON PETUNJUK DAN HIDAYAHMU,
TUNJUKILAH HAMBA JALAN YANG ENGKAU REDHAI,
SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA MENGETAHUI,
SETIAP YANG TERDETIK DI HATI HAMBA,
KUPOHON KEAMPUNAN MU YA ALLAH,

Aku yakin hanya kepada ALLAH,
hatiku akan tenang dan bahagia.

Sahabat..

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai
pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Dalam kita melangkah… Terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat, Hingga kita terduduk dan menangis, Peritnya terasa tetapi ketahuilah, Dan renungilah dalam diri kerana… Mungkin air mata tika itu hadir kerana… Dia mahu menjahit sejadah IMAN yang kian terkoyak Lantaran ada langkah-langkah yang tersasar, Semoga tabah dan tetapkan iman… Biarlah kita keseorangan, Tanpa berteman, Biarlah malam, Tanpa sinar rembulan, Biarlah tidur, Tanpa dihiasi mimpi indah, Tapi, Jangan biarkan hatimu sunyi, Tanpa sepotong ayat, Ayat suci AL-QURAN

Tuesday, June 22, 2010

Nota Cinta

"Hari ni, saya menang pertandingan pidato di sekolah. Esok, saya ada lagi pertandingan bahas. Lusa pula, ada persidangan di UIA. Awak jaga diri sementara saya takde ye? Bukan saya tak nak mesej, tapi saya sibuk. Jangan tinggal solat."

Hafiz membaca mesej itu dengan perasaan berbunga. Wardah, gadis yang memang disayanginya dari dulu lagi. Wardah, bagi Hafiz memang sesuai dengan namanya. Wardah memang sekuntum mawar nan indah. Harum mewangi. Sukar didekati dan indah di hati.

Namun Hafiz tidak pernah bertemu Wardah. Sekadar mendengar suaranya yang lunak dan bisa menggugat hati. Bukan dia tidak berkeinginan untuk bertemu, namun tempat tinggal mereka sangat jauh. Mereka berkenalan melalui seorang kawan pada dua tahun lepas.

Wardah tersenyum. Selama 2 tahun perkenalan mereka, Hafiz menjadi permata hatinya. Wardah memang seorang wanita solehah. Namun perkenalannya dengan Hafiz menjadi titik tolak perubahannya. Dia lupa makna zina hati yang dia laungkan pada tazkirah di sekolah. Dia lupa pesan ustazah agar jangan bercinta pada usia muda, tambahan lagi untuknya yang masih bersekolah. Apatah lagi dia akan menduduki peperiksaan besar SPM pada tahun itu.

“Wa, aku tengok kau dah lain. Kau dah pandai layan lelaki kan? Aku tahu kau sukakan Hafiz tapi ingatlah Wa, cinta sejati hanya pada Allah,” Ujar Fiza, sahabat Wardah pada suatu hari.

“Fiza, aku kan masih solat? Lagipun kami berpesan-pesan ke arah kebaikan. Seperti yang dianjurkan Islam,” Balas Wardah, agak teruji.

“Aku rasa kau dah salah konsep, Wa. Dah habis ke perempuan kat sekolah ni? Ramai lagi aku tengok yang tudung ‘pakai buka’, berkepit dengan jantan sana sini, kau tak nak berpesan-pesan ke arah kebaikan untuk tu ke Wa? La taqrabuzzina, janganlah kau mendekati zina. Wa!”

“Aku harap kau janganlah masuk campur. Soal zina, tak perlu kau ingatkan aku. Aku dah cukup faham maksud itu. Kami tak pernah bertemu. Macam mana kami berzina?”

“Kau dulu pernah beri tazkirah soal zina hati. Takkan lupa? Bila hati saling mengingati, aku tengok kau dah lalai! Lagipun, Allah larang kita mendekati zina, bukan melakukan zina. Kau belum terlewat untuk bertaubat. Lupakanlah Wa, apa tak cukupkah Allah sebagai kekasih kau? Dia yang menemani kau siang malam, Yang Maha Mendengar setiap luahan hati?”

Wardah terdiam. Namun baginya ungkapan Fiza hanya mencurah air ke daun keladi. Dia ingin Hafiz menjadi miliknya!

say no to zina

Hafiz menikmati makan malamnya dengan lahap. Hari ini kepenatan menjeratnya kerana terlalu sibuk dengan tugas kepimpinan di sekolahnya. Namun, Hafiz bersyukur diberi peluang sebegitu. Dia tidak mengeluh dengan tugasan seperti itu. Baginya, segala-galanya adalah tanggungjawab yang diamanahkan. Dan tugasnya adalah sebagai pelaksana.

Mungkin hari-hari Hafiz tidak seindah ini jika Wardah tidak menemani hidupnya. Walaupun Hafiz menyedari hakikat bahawa mereka menghampiri zina, Hafiz sentiasa terpukau dengan janji manis Wardah bahawa mereka hanya berkawan. Namun perasaannya sukar ditepis sama sekali. Dia manusia biasa yang tidak mampu menafikan perasaan cinta yang mula bertunas dalam hati.

Telefon ghafiz bedering.

Pantas Hafiz menggapai telefon bimbit di meja. Panggilan dari Wardah

“Hafiz?”

“Ya, saya,”

“Awak sayang saya?”

“Emm, kenapa awak tanya?”

“Saya tanya sebab nak awak jawab,”

“Wardah, awak perempuan terbaik yang saya kenal. Tak mungkin tiada perasaan cinta saya terhadap awak,”

“Awak cintakan saya?”

“Ya, saya cintakan awak,”

Dan malam itu menjadi saksi antara dua jiwa itu. Sesungguhnya begitulah syaitan merasuki kita, secara terang-terangan ia bukanlah cinta yang hina, namun menjebakkan dua insan itu ke alam yang melalaikan.

“Aku nampak semalam kau keluar dengan Ina?” soal Hafiz curiga. Perbuatan sahabatnya, Aiman, menggugat ketenangan dan kewibawaannya sebagai seorang sahabat karib.

“Jadi?” Aiman seolah-olah mencabar Hafiz.

“Aku tak suka. Perkara tu Allah larang,”

“Hafiz, Hafiz! Mentahnya pemikiran kau. Macam mana pula soal hubungan kau dengan Wardah? Kau ingat aku tak tahu? Habis, yang kau bercinta dengan dia tu? Ada Allah suruh?”

“Aiman, kami bercinta cara Islam. Sekurang-kurangnya lebih baik daripada engkau!”

“Ahh, bercinta secara Islam. Kenapa ramai yang kabur dengan persoalan itu? Bukankah itu tipu daya syaitan. Walaupun aku dengan Ina, aku dan dia tidak hipokrit macam kau! Ketua pengawas apa kau ni? Sebelum kau kata baju orang lain kotor, tengok baju sendiri, itu nasihat aku!” kata Aiman berang sambil berlalu pergi.

Hafiz tertunduk di situ, di sebuah taman berhampiran rumahnya. Dia menundukkan kepalanya. Perlahan-lahan, dia berjalan pulang. Dalam perjalanannya, dia bermuhasabah. Ya Allah, dosakah aku? Aku marah apabila sahabatku menghampiri zina namun aku juga begitu! Aku ke surau namun aku juga menghampiri lembah syaitan. Manusia apakah aku?

Malam itu Hafiz bertahajud. Bermunasabah dan merenungi segala dosa-dosanya. Bagaimana suara Wardah yang mencairkan hatinya, dan bagaimana dia asyik melayari alam percintaan dengan Wardah. Dia senang begitu, bermunajat sendirian dan mengadu pada Allah. Biasanya pada malam-malam begitu masanya dihabiskan dengan menelefon Wardah hingga lewat pagi. Namun malam itu dia selesa menutup telefonnya dan menyerah pada Allah. Malam itu juga dia harus membuat keputusan.

“Eeesh! Mana Hafiz ni! Biasanya dia telefon aku, ni, mesej pun takde! Telefon pulak off! Dia ada perempuan lain ke?” rungut wardah sendirian. Hatinya gelisah. Walaupun jam menunjukkan pukul empat pagi, namun dia setia menunggu Hafiz. Dia mahu tunjukkan pada Hafiz bahawa dia gadis yang sabar, mungkin, Hafiz mempunyai urusan yang perlu diselesaikan.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Dia menerima mesej daripada Hafiz.

“Wa, jangan tipu saya lagi! Cukup sampai di sini hubungan kita!”

Wardah terkesima. Dia buntu, apa yang Hafiz maksudkan? Perlahan-lahan, dia membalas mesej itu.

“Apa maksud awak? Awak tak sayang saya?”

“Sudahlah Wa. Pergilah dari hidup saya. Saya tak perlukan perempuan macam awak lagi!”

Wardah mula menitiskan air mata apabila mesejnya tidak dibalas. Dia beberapa kali menelefon Hafiz tetapi tidak berjawab. Kali ini dia pasti, Hafiz akan meninggalkannya tanpa sebab!

3 bulan berlalu dengan perit. Wardah sedaya upaya melupakan Hafiz. Setiap hari Wardah memeriksa peti emelnya sejak Hafiz memadam telefonnya. Hafiz pasti akan meninggalkan sesuatu! Hafiz bukan sejahat lelaki lain. Wardah tahu itu semua.

Hinggalah pada suatu hari, Wardah memperoleh berita yang dinanti-nantikan. Terketar-ketar jarinya tatkala membuka emel yang bertajuk ‘Nota Cinta’ itu…

Subject:

Nota Cinta

From:

“Hafiz Haikal”

To:

wardah@yahoo.com

******************************************************************************

Assalamualaikum...

Kehadapan Wardah, mawar yang dirahmati Allah

Mungkin semasa awak membuka emel ini perasan awak sangat jelik, benci, kecewa dan banyak lagi terhadap saya.Saya faham itu semua, tapi apa saya harus buat, ini saya lakukan semua untuk mencari redha Allah. Saya pun tak tahu nak mula dari mana, tapi saya harap awak faham apa yang saya tulis.

Sebenarnya mesej yang saya hantar pada pagi itu memang dirancang. Mesej itu sengaja saya reka untuk saya jauhkan perasaan cinta saya kepada awak. Mungkin awak terkejut dengan sikap saya, tapi ada makna di sebalik semua tu.

Sebab utama saya hantar mesej macam tu sebab nak biar awak benci kat saya dan menjauhkan diri dari saya. Kenapa saya nak jauhkan diri dari awk?.. Selama kita menzahirkn rasa cinta dan sayang semenjak tu la hati saya rasa lain. Untuk pengetahuan awak bila saya lafaz sayang dan cinta kepada awak dan awak pula membalasnya saya terasa jiwa saya jauh dari Allah, nafsu syahwat saya naik, rasa ke arah maksiat tu ada walaupun kita tak pernah bersua. Agak remeh kan kalau orang lain baca, tapi untuk saya yang mempunyai iman yg rendah macam2 boleh jadi kat saya. Mungkin awak sebagai wanita tak rasa keadaan begitu tapi saya seorang lelaki memang menyebabkan saya lemah. Saya takut akan Allah, kekadang saya nasihatkan kawan saya jangan buat benda 2 tapi saya buat jugak. Orang pandang saya selalu pakai songkok kat sekolah macam alim, pergi masjid tapi buat benda tu, tak ke saya ni munafik?

Saya sedar apa yang saya buat mendukacitakan hati awk. Hati mana yang boleh terima difitnah begitu. Tapi bila saya buat begitu saya juga rasa berdosa sebab memfitnah wanita yang solehah. tapi apa kan daya desakan hati.

Awak memang wanita hebat, setiap kali awak menceritakan kejayaan awak memang saya cemburu. Kekadang saya fikir kenapa saya tak boleh jadi macam awak. Tapi saya tetap bersyukur dapat kawan dengan awak. Serius saya katakan awak sahajalah kawan wanita yang paling rapat dengan saya, yang lain cuma kawan biasa, jarang saya berhubung dengan mereka.

Untuk terakhir sekali, perasaan cinta dalam diri saya terhadap awak memang tertanam dalam hati saya, sebab awak cinta pertama saya. Saya tak pernah bercinta. Masalah yang saya hadapi sekarang mcm saya katakan di atas tu la. Walaupun agak remeh tapi saya pandang serius terhadap benda ni. Sebab Allah tak redhai sebuah hubungan selain daripada pernikahan. Saya harap dengan penjelasan saya awak akan faham lebih-lebih lagi awak belajar dlm aliran agama. Sekiranya kita ada jodoh tak kan ke mana. Itu janji Allah.


Wassalam..
Ikhlas dari hamba yg mencari redha Allah:
HAFIZ HAIKAL

Malam itu Wardah bersujud, pada Allah dia serahkan diri… Hari-hari dilaluinya dengan redha, tanpa rasa dendam sedikitpun terhadap Hafiz. Nota cinta Hafiz telah mengubah hidupnya. Hinggalah Wardah memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaannya dan Berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti al-Azhar, Mesir.

Wardah merenung jauh ke Tasik Titiwangsa yang damai itu. Dilihatnya pasangan-pasangan muda berpegangan tangan tanpa segan-silu. Dia bermuhasabah dalam hati. Andai satu ketika dulu dia hanyut dibuai cinta dengan Hafiz, pasti gelaran doktor pakar mustahil disandangnya. Sejenak dia memikirkan kata-kata Umminya semalam…

“Wa, bila nak menikah? Ummi teringin nak bermenantu,”

Soalan Ummi itu menggegar tangkai hati Wardah. Kenangan yang cuba diluputkannya bertahun-tahun dahulu kembali mengusik. Jauh di sudut hati, Wardah masih mengharapkan Hafiz yang entah ke mana itu. Dengan menarik nafas panjang, Wardah menyahut,

“Sesiapa sahaja yang Ummi carikan, dialah jodoh Wardah,”

Wardah merenung cincin perkahwinan di jarinya. Cantik! Sekali pandang Wardah tahu, suaminya pasti dari kalangan orang berada. Hatinya masih berdebar-debar. Sejak akad nikah tadi, dia masih belum melihat wajah suaminya. Walaupun Hafiz berada dalam hatinya, dia redha. Biarlah, pilihan Ummi pasti yang terbaik buatnya. Wardah memejam mata rapat-rapat, ditahan air matanya dari menitis. Dia ingin menjadi bintang timur buat suaminya. Biarlah dia seorang…

“Wardah Alia binti Syukri, sesungguhnya cinta itu lebih indah melalui sebuah ikatan mulia bernama perkahwinan…” Bisik suaminya, suara yang mendamaikan hatinya.

Wardah membuka matanya, dan menatap wajah penaung jiwanya kini… Hafiz Haikal…

~Peliharalah maruah kita~

MUSLIMAT ~ adanya ayat kiasan mengenai emas..

emas yang di dedahkan akan menarik mata utk melihat, jari utk menyentuh, dan akhirnya menyebabkan emas tu dicuri atau hilang begitu saje..

tetapi....

jika emas itu dibungkus elok, kemudian di simpan..di sembunyikan..maka insya Allah, ia akan terhindar dari segala kejadian tidak elok padanya...ia akan menghalang mata utk melihat, dan akhirnya semua tak tahu emas tu di mana atau ada ke emas di situ..

maka, begitu juga hal ini dgn nilai aurat perempuan..

apabila didedahkan..astaghfirullah..maka, ia akan menarik minat mata utk memandang aurat yang didedahkan, akan menarik nafsu dan diri utk memandangnya, menyentuhnya..mengusiknya..maka dari situlah terbitnya kes pencabulan, rogol dan sebagainya..nauzubillah....

kalau aurat itu di simpan..di sembunyikan..

insya Allah, ia selamat di Alam Dunia, dan Alam Akhirat..

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" (Surah Al-Ahzab: ayat 59)

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya.” (surah al-A’raaf: ayat 26)

sesungguhnya menutup aurat itu adalah Fardhu ain bg setiap muslim...dan Fardhu Ain ini merujuk kepada amal yang dituntut kepada setiap muslim utk dilaksanakannya...mempertahankan Fardhu Ain utk terus dilaksanakan adalah suatu jihad! Allahuakbar!

sesungguhnya setiap perintah Allah S.W.T dan larangan-Nya itu tersembunyi begitu banyak hikmah..dan Allah S.W.T Tuhan Yang Maha Mengetahuinya..subhanallah...

sesungguhnya apabila seseorang hawa itu menutup aurat, maka dia telah menyelamatkan dirinya dan orang lain dari fitnah...insya Allah..

maka, peliharalah auratmu wahai puteri ku...wallahua'lam..





Friday, June 18, 2010

22 Akibat Berbuat Maksiat

22 AKIBAT BERBUAT MAKSIAT

By: Baitil Izzah

“Seorang mukmin jika berbuat satu dosa, maka ternodalah hatinya dengan senoktah warna hitam. Jika dia bertaubat dan beristighfar, hatinya akan kembali putih bersih. Jika ditambah dengan dosa lain, noktah itu pun bertambah hingga menutupi hatinya. Itulah karat yang disebut-sebut Allah dalam ayat, “Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka.” (HR Tarmidzi)

Tahukah Anda sekalian apa akibat yang menimpa diri kita jika kita melakukan maksiat? Ibnu Qayyim Al-Jauziyah telah meneliti tentang hal ini. Menurutnya, ada 22 akibat yang akan menimpa diri kita. Kerana itu, renungkahlah, wahai orang-orang yang berakal!

1. Maksiat akan menghalangi diri kita untuk mendapatkan ilmu pengetahuan

Ilmu adalah cahaya yang dipancarkan ke dalam hati. Tapi ketahuilah, kemaksiatan dalam hati kita dapat menghalangi dan memadamkan cahaya itu. Suatu ketika Imam Malik melihat kecerdasan dan daya hafal Imam Syafi’iyang luar biasa. Imam Malik berkata, “Aku melihat Allah telah menyiratkan dan memberikan cahaya di hatimu, wahai anakku. Janganlah engkau padamkan cahaya itu dengan maksiat.”

Perhatikan, wahai Saudaraku sekalian, Imam Malik menunjukkan kepada kita bahwa pintu ilmu pengetahuan akan tertutup dari hati kita jika kita melakukan maksiat.

2. Maksiat akan menghalangi Rezeki

Jika ketakwaan adalah penyebab datangnya rezeki, maka meninggalkan ketakwaan bererti menimbulkan kefakiran. Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Seorang hamba dicegah dari rezeki akibat dosa yang diperbuatnya. “ (HR. Ahmad)

Kerana itu, wahai Saudaraku sekalian, kita harus meyakini bahwa takwa adalah penyebab yang akan mendatangkan rezeki dan memudahkan rezeki kita. Jika saat ini kita merasakan betapa sulitnya mendapatkan rezeki Allah, maka tinggalkan kemaksiatan! Jangan kita penuhi jiwa kita dengan debu-debu maksiat.

3. Maksiat membuat kita berjarak dengan Allah.

Diriwayatkan ada seorang laki-laki yang mengeluh kepada seorang arif tentang kesunyian jiwanya. Sang arif berpesan, “Jika kegersangan hatimu akibat dosa-dosa, maka tinggalkanlah perbuatan dosa itu. Dalam hati kita, tak ada perkara yang lebih pahit daripada kegersangan dosa di atas dosa.”

4. Kita akan punya jarak dengan orang-orang baik.

Semakin banyak dan semakin berat maksiat yang kita lakukan, akan semakin jauh pula jarak kita dengan orang-orang baik. Sungguh jiwa kita akan kesepian, suny, dan jiwa kita yang gersang tanpa sentuhan orang-orang baik itu akan terlihat pada hubungan kita dengan keluarga, isteri, anak-anak, bahkan hati nuraninya sendiri.

Seorang salaf berkata, “Sesungguhnya aku bermaksiat kepada Allah, maka aku lihat pengaruhnya pada perilaku binatang (kenderaan) dan isteriku.”

5. Maksiat membuat sulit semua urusan kita

Jika ketakwaan dapat memudahkan segala urusan, maka kemaksiatan akan mempersulit segala urusan pelakunya. Ketaatan adalah cahaya, sedangkan maksiat adalah gelap gelita. Ibnu Abbas r.a. berkata:

“Sesungguhnya perbuatan baik itu mendatangkan kecerahan pada wajah dan cahaya pada hati, kekuatan badan dan kecintaan. Sebaliknya, perbuatan buruk itu mengundang ketidakceriaan pada raut muka, kegelapan di dalam kubur dan di hati, kelemahan badan, susutnya rezeki dan kebencian makhluk.”

Begitulah, wahai Saudaraku, jika kita gemar bermaksiat. Semua urusan kita akan menjadi sulit karena semua makhluk di alam semesta bencipada diri kita. Air yang kita minum tidak ridha kita meminumnya. Makanan yang kita makan tidak suka kita memakannya. Orang-orang tidak mahu berurusan dengan kita kerana benci.

6. Maksiat melemahkan hati dan badan

Kekuatan seorang mukmin terpancar dari kekuatan hatinya.Jika hatinya kuat, maka kuatlah badannya. Tapi pelaku maksiat, meskipun badannya kuat, sesungguhnya dia sangat lemah. Tidak ada kekuatan dalam dirinya.

Wahai Saudaraku, lihatlah bagaimana menyatunya kekuatan fizikal dan hati kaum muslimin pada diri generasi pertama. Para sahabat berhasil mengalahkan kekuatan fisikal tentara bangsa Persia dan Romawi padahal para sahabat berperang dalam keadaan berpuasa!

7. Kita terhalang untuk taat

Orang yang melakukan dosa dan maksiat cenderung untuk tidak taat. Orang yang berbuat masiat seperti orang yang satu kali makan, tetapi mengalami sakit berpanjangan. Sakit itu menghalanginya dari memakan makanan lain yang lebih baik. Begitulah. Jika hobi kita berbuat masiat, kita akan terhalang untuk berbuat taat.

8. Maksiat memendek umur dan menghapus keberkatan

Pada dasarnya, umur manusia dihitung dari masa hidupnya. Padahal, tidak ada kehidupan kecuali jika hidup itu dihabiskan untuk ketaatan, ibadah, cinta, dan zikir kepada Allah serta mencari keredhaan-Nya.

Jika usia kita saat ini 40 tahun. 3/4 nya kita isi dengan maksiat. Dalam kacamata iman, usia kita tak lebih hanya 10 tahun saja.Yang 30 tahun adalah kesia-siaan dan tidak memberi berkat sedikitpun. Inilah maksud pendeknya umur pelaku maksiat.

Sementara, Imam Nawawi yang hanya diberi usia 30 tahun oleh Allah SWT, usianya begitu panjang sebab hidupnya meski pendek namun berkah. Kitab Riyadhush Shalihin dan Hadits Arbain yang ditulisnya memberinya keberkahan dan usia yang panjang sebab dibaca oleh manusia dari generasi ke generasi hingga saat ini dan mungkin generasi yang akan datang.

9. Maksiat menumbuhkan maksiat lain

Seorang ulama salaf berkata, jika seorang hamba melakukan kebaikan, maka hal tersebut akan mendorongnya untuk melakukan kebaikan yang lain dan seterusnya. Dan jika seorang hamba melakukan keburukan, maka dia punahkan cenderung untuk melakukan keburukan yang lain sehingga keburukan itu menjadi kebiasaan bagi pelakunya.

Kerana itu, berhati-hatilah, saudaraku. Jangan sekali-kali mencuba berbuat maksiat. Kalian akan ketagihan dan tidak bisa lagi berhenti jika sudah jadi kebiasaan!

10. Maksiat mematikan bisikan hat nurani

Maksiat dapat melemahkan hati dari kebaikan. Dan sebaliknya, akan menguatkan kehendak untuk berbuat maksiat yang lain. Maksiat dapat memutuskan keinginan hati untuk bertaubat.Inilah yang menjadikan penyakit hati paling besar: kita tidak bisa mengendalikan hati kita sendiri. Hati kita menjadi liar mengikuti jejak maksiat ke maksiat yang lain.

11. Jika sudah seperti itu, hati kita akan melihat maksiat begitu indah. Tidak ada keburukan sama sekali

Tidak ada lagi rasa malu ketika berbuat maksiat. Jika orang sudah biasa berbuat maksiat, ia tidak lagi memandang perbuatan itu sebagai sesuatu yang buruk. Tidak ada lagi rasa malu melakukannya. Bahkan, dengan rasa bangga ia menceritakan kepada orang lain dengan detail semua maksiat yang dilakukannya. Dia telah menganggap ringan dosa yang dilakukannya. Padahal dosa itu demikian besar di mata Allah SWT.

12. Para pelaku maksiat yang seperti itu akan menjadi para pewaris umat yang pernah diazab Allah SWT.

Homoseksual adalah maksiat warisan umat nabi Luth a.s.

Perbuatan curang dengan mengurangi takaran adalah maksiat peninggalan kaum Syu’aib a.s.

Kesombongan di muka bumi dan menciptakan berbagai kerusakan adalah milik Fir’aun dan kaumnya.

Sedangkan takabur dan bongkak merupakan maksiat warisan kaum Huda.s.

Dengan demikian, kita bisa simpulkan bahawa pelaku maksiat zaman sekarang ini adalah pewaris kaum umat terdahulu yang menjadi musuh Allah SWT. Dalam musnad Imam Ahmaddari Ibnu Umar disebutkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapayang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk golongannya. “

Na’udzubillahi min dzalik! Semoga kita bukan salah satu dari mereka.

13. Maksiat menimbulkan kehinaan dan mewariskan kehinaan

Kehinaan itu tidak lain adalah akibat perbuatan maksiat kepada Allah sehingga Allah pun menghinakannya.

“Dan barangsiapa yang dihinakan Allah, maka tidak seorang pun yang memuliakannya. Sesungguhnya Allah berbuat apa yang Dia kehendaki.” (Al-Hajj:18) .

Sedangkan kemaksiatan itu akan melahirkan kehinadinaan. Kerana kemuliaan itu hanya akan munculdari ketaatan kepada Allah swt.

“Barangsiapa yang menghendaki kemuliaan, maka bagi Allah-lah kemuliaan itu….” (Al-Faathir: 10).

Seorang Salaf pernah berdoa, “Ya Allah, anugerahilah akukemuliaan melalui ketaatan kepada-Mu; dan janganlah Engkau hina-dinakan akukarena aku bermaksiat kepada-Mu.”

14. maksiat merosak akal kita

Tidak mungkin akal yang sihat lebih mendahulukan hal-hal yang hina. Ulama salaf berkata, seandainya seseorang itu masih berakal sihat, akal sehatnya itu akan mencegahnya dari kemaksiatan kepada Allah. Dia akan berada dalam genggaman Allah, sementara malaikat menyaksikan, dan nasihat Al-Qur’an pun mencegahnya, begitu pula dengan nasihat keimanan. Tidaklah seseorang melakukan maksiat, kecuali akalnya telah hilang!

15. Maksiat menutup pintu hati.

Allah berfirman, ”Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka.” (Al-Muthaffifiin: 14).

Imam Hasan mengatakan hal itu sebagai dosa yang berlapis dosa. Ketika dosa dan maksiat telah menumpuk, maka hatinya pun telah tertutup.

16. Pelaku maksiat mendapat laknat Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW melaknat perbuatan maksiat seperti mengubah petunjuk jalan, padahal petunjuk jalan itu sangat penting (HR Bukhari); melakukan perbuatan homoseksual (HR Muslim); menyerupai laki- laki bagi wanita dan menyerupai wanita bagi laki-laki; mengadakan praktiksuap- manyuap (HR Tarmidzi), dan sebagainya. Kerana itu, tinggalkanlah semua itu!

17. Maksiat menghalangi syafaat Rasulullah dan Malaikat.

Kecuali, bagi mereka yang bertaubat dan kembali kepada jalan yang lurus. Allah SWT berfirman:

“(Malaikat-malaikat ) yang memikul `Arsy dan malaikat yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya dan mereka beriman kepada- Nya serta memintakan ampun bagi orang-orang yang beriman seraya mengucapkan: `Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari seksaan neraka yang menyala-nyala. Ya Tuhan kami, dan masukkanlah mereka ke dalam surga `Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan orang-orang yang soleh diantara bapa-bapa mereka, isteri-isteri mereka, dan keturunan mereka semua. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Dan peliharalah mereka dari (balasan) kejahatan. “ (Al-Mukmin: 7-9)

18. Maksiat melenyapkan rasa malu.

Padahal, malu adalah pangkal kebajikan. Jika rasa malu telah hilang dari diri kita, hilanglah seluruh kebaikan dari diri kita. Rasulullah bersabda:

“Malu itu merupakan kebaikan seluruhnya. Jikakamu tidak merasa malu, berbuatlah sesukamu.” (HR. Bukhari)

19. Maksiat yang kita lakukan adalah bentuk meremehkan Allah.

Jika kita melakukan maksiat, disedari atau tidak, rasa untuk mengagungkan Allah perlahan-lahan lenyap dari hati kita. Ketika kita bermaksiat, kita sadari atau tidak, kita telah menganggap remeh azab Allah. Kita mengacuhkan bahwa Allah Maha Melihat segala perbuatan kita. Sungguh ini kederhakaan yang luar biasa!

20. Maksiat memalingkan perhatian Allah dari diri kita.

Allah akan membiarkan orang yang terus-menerus berbuat maksiat berteman dengan setan. Allah berfirman,

“Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik.” (Al-Hasyir: 19)

21. Maksiat melenyapkan nikmat dan mendatangkan azab.

Allah berfirman, ”Dan apa saja musibah yang menimpa kamu,maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri dan Allah memaafkansebagian besar (dari kesalahan-kesalahan mu).” (Asy-Syura: 30)

Ali r.a. berkata, “Tidaklah turun bencana melainkan kerana dosa. Dan tidaklah bencana lenyap melainkan kerana taubat.” Kerana itu, bukankah sekarang waktunya bagi kita untuk segera bertaubat dan berhenti dari segala maksiat yang kita lakukan?

22. Maksiat memalingkan diri kita dari sikap istiqamah.

Kita hidup di dunia ini sebenarnya bagaikan seorang pedagang. Dan pedagang yang cerdik tentu akan menjual barangnya kepada pembeli yang sanggup membayar dengan harga tinggi. Saudaraku, siapakah yang sanggup membeli diri kita dengan harga tinggi selain Allah? Allahlah yang mampu membeli diri kita dengan bayaran kehidupan surga yang abadi. Jika seseorang menjual dirinya dengan imbalan kehidupan dunia yang fana, sungguh ia telah tertipu!

Mujahadah

“Bagaimana cara tercepat untuk jadi baik?”

“Tidak ada jalan pintas. Bukan senang nak senang.”

“Susah sangatkah nak jadi baik?”

“Susah nak jadi baik. Tetapi lebih senang daripada nak jadi jahat.”

“Macam mana?”

“Perlu lawan hawa nafsu!”

“Susah lawan nafsu. Kena lawan diri sendiri.”

” Ya begitulah. Membina mengambil masa, meruntuh sekelipa mata.”

“Maksudnya?”

“Jadi baik, perlu mujhadah. Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis!”


MUJAHADAH

Doa Panjang

"Doa apa yang kau baca,panjang sangat?"tanya seorang lelaki kepada sahabatnya yang pulang dari timur tengah.Sahabatnya itu baru sahaja selesai berdoa di satu majlis dalam apartmen mewah mereka.
"Adalah..." jawab sahabatnya pendek.
"tak sangka kau jadi alim sekarang"
"mengapa kau kata begitu?"
"Yalah,siapa sangka kau sempat mendalami ilmu agama.Bukankah kau dihantar ke sana untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang sains?"
"Hish,ckp tu perlahan la sikit..nanti pecah rahsia,"kata sahabatnya separuh berbisik.Lelaki itu kehairanan

"Apa rahsianya?"

"Di sana aku tak mendalami pun pengajian agama.Aku fokus study je."

"Habis tu doa kau btul2 pnjg td.Hebat.Macam ulama

"Tu sebenrnya bukan doa.."
"Habis apa?"
"Cerita arnab dan kura2 dalam bahasa arab!"


PENGAJARAN:Yang jahil hanya dapat menipu yang jahil juga.Ajaran agama yang menjadi ritual semata tanpa kefahaman yang mendalam dan hujah yang kuat amat mudah diselewengkan.Berhatilah dengan si jahil yang penipu.

Thursday, June 17, 2010

Titipan Buat Sahabat

Ya Sodiqi.
sedarlah kita adalah penyambung dakwah Nubuwwat,
generasi yang dilahirkan untuk menegakkan kalimah "Lailahaillallah",
kita adalah umat terpilih untuk memperjuangkan Dinul Islam,
meneruskan perjuangan para sahabat dan Rasul junjungan,
dalam menegakkan agama Allah yang diredhai.

Wahai Rajul penegak Islami.
Hentikanlah kelalaian dalam mengharungi arus duniawi.
selamilah dirimu mencari kekuatan hakiki,
demi Islam yang dicintai.
Harumi jiwamu dengan tarbiah Islami,
agar hatimu sekental Umar Al-Khattab,Hamzah 'Asadullah dan Salahuddin Al-Ayubi,
tidak gentar berjuang di jalan Ilahi.

Duhai akhawat mukminah sejati,
inginku ingatkan kita adalah sayap kiri perjuangan lelaki sejati.
Kelembutan dan keindahan akhlakmu penghias peribadi.
Tuturmu berhikmah penuh teliti,
menjadi dambaan syabab pilihan Ilahi.
Pagari dirimu dengan syariat Islami.
Jadilah mawar berduri yang sukar dipetik lelaki,
agar mereka mengerti dirimu sukar dimiliki,
tanpa iman yang teguh di hati.

Wahai sahabat pendukung agama Allah,
hubungkanlah hatimu dengan ukhuwahfillah,
agar jiwa ini dekat dengan Illahi.
Tabahkan hati menempuh cubaan duniawi,
semoga syurga tempat pertemuan abadi.

Nasihat Buat Penuntut Ilmu (Tholibil Ilm)

Nasihat Buat Penuntut Ilmu (Tholibil Ilm)


http://an-nawawi.blogspot.com

Berhati-hatilah dari menuntut ilmu untuk tujuan yang tidak benar dan bagi tujuan yang buruk seperti untuk berbangga-bangga, pertengkaran, riya’, dan sum’ah. Serta menjadikannya untuk mengejar habuan dunia serta jawatan. Ini bukanlah tujuan ahlul ilmi (ahli ilmu), padahal yang sebenarnya mereka adalah orang yang paling berhak. Sesiapa yang menuntut ilmu atau menggunakannya bagi tujuan yang buruk, maka dia tidak akan mendapat tempat di akhirat.

Mengamalkan ilmu bagi seseorang penuntut ilmu adalah suatu perkara yang paling utama yang perlu dipraktikkan. Hendaklah mereka memiliki sifat sebagaimana yang dituntut oleh ilmu sama ada di dalam persoalan akhlak, amalan, dan pengajaran. Dia (penuntut ilmu) adalah yang paling wajib untuk memiliki sifat dengan akhlak yang indah dan terlepas dari setiap akhlak yang buruk. Dia adalah orang yang paling layak untuk menunaikan kewajiban-kewajiban yang tersurat atau pun yang tersurat, dan meninggalkan perkara-perkara terlarang (haram), dan dengan ilmu tersebut ia dibezakan (dari peribadi yang buruk). Dan mereka sewajarnya dapat menjadi contoh teladan yang baik bagi manusia lainnya. Kerana kebiasaan manusia itu sewajarnya adalah mengambil contoh teladan dari para ulama mereka, sama ada mahu atau pun tidak di dalam pelbagai persoalan.

Para ahlul ilmi itu, mereka sering menjadi sasaran serangan dan kritikan di ketika mereka meninggalkan perkara yang dituntut oleh ilmu.

Demikian juga, para salaf itu mendapatkan pertolongan dengan mengamalkan ilmu untuk mengukuhkan ilmu mereka. Apabila dia mengamalkan ilmunya, maka ilmu tersebut akan tetap berada bersamanya, tidak hilang, dan akan terus berkembang, serta akan banyak mendatangkan keberkahan.

Sekiranya dia meninggalkan amal terhadap ilmunya, maka ilmu tersebut akan pergi dan hilang berkahnya. Ruh ilmu, kehidupan ilmu, dan penegak ilmu hanyalah dengan cara mengamalkannya, menerapkan akhlak, pengajaran, dan nasihat. Dan tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung.

Dinukil dari:

Syaikh Dr. Abdus Salam B. Barjas, 10 Rintangan Menuntut Ilmu (عوائق الطلب), m/s. 90-91, Terbitan/Terjemahan Pustaka al-Haura’, Cet. 3 2009M.

Monday, June 14, 2010

Secbis Peringatan

Pernahkah kita terfikir apakah tujuan sebenar kita diciptakan ke dunia ini. Sedangkan dari sebesar-besar gunung hingga ke sekecil-kecil semut pun ada tujuannya tersendiri, inikan kita yang sempurna dan indah ciptaan-Nya. Maha Suci Allah yang tidak lengah(lalai) pada ciptaan-Nya.

Tidak pernah terdetikkah untuk apa kita dijadikan? Adakah manusia sekadar penghias dunia semata-mata, atau lebih kepada PEROSAK DUNIA?

Maka apakah kamu mengira bahwa kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami?.

(Al-Mu'minun:115).

Jelas bahawa setiap satu ciptaan itu ada tujuannya. Seorang tuan rumah pun akan memarahi pembantu rumahnya, (bibik) jika dia tidak tahu tujuan dia diambil bekerja. Apatah lagi kita manusia ciptaan Allah yang menikmati pelbagai nikmat kurniaanNya.

Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaku.

(az-Zariyat: 51)

Allah s.w.t telah berfirman dengan jelas tentang tujuan ini di dalam ayat Al-Quran. Sedarkah kita dengan tugas kita ini???

Dan ingatlah ketika tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku ingin menjadikan khalifah di bumi". Mereka berkata " Apakah kau hendak menjadikan orang yang merusak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?" Dia berfirman, " Sungguh Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."

(Al-Baqarah:30)

Maha suci Allah menjadikan kita sebagai khalifah di muka bumi ini. Betapa berat dan besar amanah, tugas yang perlu kita pikul. Khalifah berperanan mengurus dan mentadbir bumi mengikut hukum Allah yang telah ditetapkan . Adakah kerja keras kita selama ini hanyalah berusaha untuk mencari kejayaan demi kesenangan sendiri menepati kehendak TUAN KITA INI?.

Adakah Pengarah sebuah syarikat pembinaan akan merasa gembira dengan kerja-kerja pekerjanya yang membina HOTEL walaupun ditugaskan membina deretan rumah kedai?.

Katakanlah (Muhammad), "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin, Mahasuci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik."

(Yusuf:12)

Kita juga berperanan untuk menyambung jejak langkah Rasulullah S.A.W menyeru manusia mencari keredhaan Allah S.W.T. Malulah kita kepada sang semut yang kerdil andai mereka lebih cekap dan effisyen dalam menjalankan tanggungjawabnya. Setelah beraneka rahmat dikurniakan kepada kita dari sihat tubuh badan hingga kepada kebijaksaan dalam pembelajaran, adakah kita masih mahu lari dari tanggungjawab kita ini?.


Andai satu hari nanti segala jenis pinjaman yang kita miliki seperti kekayaan, kesihatan dan kebijaksaan ditarik adakah kita tidak malu merayu meminta agar ianya dikembalikan?. Sedangkan sebelum ini kita tidak pernah peduli tentang TUJUAN ia dipinjamkan kepada kita.



Malangnya kita jika mengabaikan tanggungjawab kita ini. Pastikah kita dimana tempat kita diakhirat kelak? Dunia hanyalah satu OASIS yang perlu kita tinggalkan setelah menjalankan tanggungjawab dan tugas yang diberi. Berilah apa saja alasan kerana sesungguhnya hanya DIA yang mengetahui bila saat kita akan kembali padaNYA.

Saturday, June 12, 2010

Just 4 fun!


Nice bedrooms



Kekasih yang terindah..

Kekasih

lewat senja rindu mula bertamu
mengharap penyesalan atas dosa-dosa silam
lalu aku bertasbih di Mahgrib ini
melangkah Isyak yang menanti


Tengah malam aku yang sepi
aku terlena dalam doa yang panjang
mengharap Engkau mendengar
kerana Engkau Maha Mendengar
mengharap Engkau mengerti
kerana Engkau Maha Mengetahui


Silamku adalah satu pengajaran yang pahit
mengenal manusia dan keperibadian
melalui cerca dan makian
ditambah fitnah yang amat mengejutkan


Tuhanku,

Rebahkanlah daku dalam pangkuan-Mu
dakaplah daku seeratnya dalam pelukan Islam-Mu
kerana tiada yang lain tempatku berserah
melainkan kepada-Mu,Ya Allah…


Friday, June 11, 2010

Kerana 10 sen

klik di gambar untuk zoom











Cukuplah Dia

Di saat aku memerlukan perlindungan,
Namun tiada siapa yang dapat melindungi,
Dia tempat aku berharap,
Yang nyawaku di dalam tanganNya,
Dia tempat aku meminta belas,
Dia itu Allah,
Dialah pelindungku.

Bila aku bersedih hati,
Tetapi tiada yang sudi mendengar,
Dia mendengarkan semua tuturku,
Walau aku cuma menyusun kata senyap di dalam hati,
Walaupun tak sepatah aku tuturkan,
Dia mendengarkan,
Dialah pendengarku.

Dan aku tidak pernah keseorangan,
Meskipun di saat bersendirian,
Setiap gerak-geri makhluk di dalam perhatianNya,
Tidak mengira tempat dan masa,
Dia takkan pernah terlepas pandang,
Dia lah penemanku di mana saja.

Apabila aku memerlukan semangat,
Tetapi tiada yang ingin menjadi pendorong,
Aku tahu aku ada Dia, cukuplah Dia,
Lalu aku rujuk kalamNya,
Kerana di situ aku temui madah-madah indah,
Pembakar sebuah semangat yang hampir malap.

Bila aku rasa dunia ini tidak membahagiakan,
Aku ingat pada janjiNya,
Sesungguhnya bahagia yang kekal adalah syurga,
Tak akan aku temui bahagia itu di dunia,
Lalu aku redhakan segalanya,
Demi untuk bertemu bahagia yang hakiki di sana.

Kemanakah cinta kita menghilang?



Kemanakah cinta kita menghilang Ya Allah?
Ke hutan belantara ke gaung curam kucari.
Tapi tiada kujumpa ya Allah.
Tiada kujumpa!
Adakah ia telah lenyap buat selamanya?
Terhembus keluar dari atmosfera cintaku?
Tak layakkah diriku untuk menikmatinya hingga nafas terakhirku?

Jangan begini,
aku tidak mampu ya Allah.
CintaMu itu umpama desiran bayu.
Yang perlahan-lahan mengusap jiwa
Yang perlahan-lahan membuatku bahagia
Aku cemburui Rabiatul Adawiyah ya Allah
Mengapa bukan aku yang Kau pilih?
Mengapa bukan aku?

Jangan sampai satu titik hitam itu memusnahkan yang lain juga.
Aku tahu kelemahanku ya Allah.
Aku tahu itu. Dan sebenar-benarnya aku tahu.
Lantas, inilah yang aku bimbangkan.
Bisikkan pada pintu langit, jangan biarkan aku menunggu lagi

Teratai putih, menjelmalah!
Pari kecil, bawalah...
Debunga sakti, terbanglah...
Dan CINTA, kembalilah!

kemana cinta kita menghilang ya Tuhan?

jangan biarkan aku meninggalkanMu lagi ya Tuhan
jangan sampai aku jadi insan munafik
nauzubillah
aku gembira dan bahagia
jika hanya Kau bisa kembalikan cinta kita ya Allah

Monday, June 7, 2010

Pemergianmu

Ya Rasulullah..
Geringmu membawa petanda,
kau kan pergi menghadap Yang Esa
Disisi Humaira’ isteri tercinta
Dikelilingi sahabat juga saudara

Sebelum pergi kau bisik padanya
Membuat puterimu tersenyum gembira
Kau menunggu kedatangannya
“di akhirat sana kita berjumpa”

Setelah kau pergi sunyilah kota
Hiba Umar tidak terkata
Akan dipenggal semua kepala
Andai dikhabarkan kau telah tiada
Namun imannya kukuh sentiasa
Direlakan juga walau terpaksa

Bilal pergi keluar kota
Kerana pilu tidak terhingga
Setelah lama kau bersemadi
Kota sunyi tidak berpenghuni
Tiada kau sebagai penyeri
Suka dan tawa tidak didengari

Mimpi Bilal kau datangi
“adakah aku tidak kau sayangi??
Wahai Bilal,ziarahlah ku disini
Rindu padamu tidak terperi”
Menangislah Bilal bangun dari lena
Tidak disangka baginda menunggunya
Segera berkemas pulang ke kota
Berlarilah unta meredah benua

Di saat tiba di dalam kota
Di makam Baginda terduduk hiba
Air mata menitis jua
“betapa ku rindu pada Baginda!”

Dengan semangat dan azam baru
Gunung kau daki tanpa ragu
Azan dilaung memuji Yang Satu
Suara merdu memecah di kalbu
Menangislah seluruh penduduk kota
Azan mengimbau kenangan bersamanya
Tidak didengar sekian lama
Kini bergemanya menusuk di jiwa

Beramai-ramai menjalankan kewajipan
Wajah Baginda bermain difikiran
Alangkah rindunya tanpa sempadan
Namun hidup perlu diteruskan….


Remaja dulu vs Remaja kini

Remaja dahulu...

Abbas: Assalamualaikum!
Umair: Waalaikumussalam!
Abbas: Anta tengah buat ape tu?
Umair: Oh, ana tengah cube nak fahamkan satu ayat dari surah As Soff ni... Anta tahu tak sape2 yang lebih a'rif tentang ni...
Abbas: Ha!! Ape kate anta tanye Ustaz Hassan...

Remaja Kini...

Titt..titt..titt..
Amir: Wei.. Pick!! Ko tengah buat ape tu??!!
Syafiq: Haha... Ko ni buat tak tahu plak...
Amir: Tengah layan awek la tu...
Syafiq: Ha!! kau memang kawan sejati aku...
Amir: Wei... Pick!! Takkan kau seorang je ade awek... aku nak gak!! Tak 'cool' la muka 'handsome' tapi takde awek...
Syafiq: Ha.. takpe-takpe... Nanti aku suruh awek aku carikan untuk kau...

Remaja Dahulu...

Ammar: Assalamualaikum.. Tuan!! Saya nak daftar untuk sertai peperangan yang akan datang..
Tuan Khalid: Waalaikumsalam! Berapa umur anta??
Ammar: 15 tahun..
Tuan Khalid: Ana minta maaf sangat sebab anta masih belum cukup umur untuk sertai peperangan...
Ammar: Ala... Tolonglah Tuan... Ana merayu!!
Tuan Khalid: Maaf la dik... Ana tidak boleh terima anta...
[di tebing sungai]
Ammar: ......
Hussein: Salam, Ammar! Kenapa anta menangis ni??
Ammar: Ana tidak diterima untuk sertai perperangan...
Hussein: Takpe... Anta bersabarlah... Ana yakin sampai masanya nanti anta akan diterima, InsyaAllah....

Remaja Kini...

Arif: [menyanyi]
Juri: Maaf Arif anda tersingkir...
[di rumah]
Bang!!
Arif:.......
Akil: Ee... Apahal mengamuk tiba-tiba ni??
Arif:........
Akil: Ooo.. Kau tersingkir dalam uji bakat AF9 ye?!!
Arif:.......
Akil: Ala.. Takpe, tahun ni bukan rezeki kau, tahun depan cube la lagi...

Remaja Dahulu...

[Maghrib]
Allahuakbar!! Allahuakbar!!...
Ibrahim: Eh dah azan la!! Jom, cepat..nanti lambat... Kene masbuk pulak..
Hamzah: Eh ha'ah la... Kejap-kejap, tunggu ana...

[Sebelum Subuh]
Hafiz: Ahnaf! Bangun! Anta nak qiam tak??
Ahnaf: MUAAH!(menguap).. Sekarang pukul barape??
Hafiz: Pukul 5..
Ahnaf: Ha?!! Kan ana suruh kejut pukul 4, nape anta tak kejut ana..
Hafiz: Maafla Ahnaf... Ana pun baru je bangun ni.. Takpe, masih ade mase lagi..
Ahnaf: okey... .

Remaja Kini...

[Maghrib]
Allahuakbar!! Allahuakbar!!
Alif: Eh dah azan la... Takpe la sikit je lagi cerita ni nak habis..
Ayah: Alif, ko nak ikut pergi surau tak??
Alif: Err... Kejap lagi la, ayah pergi la dulu...
Ayah: Hai engko ni... Takkan tiap-tiap hari nak masbuk, asyik dengan cerita kat TV tu..
Alif: Ye laa..

[Subuh]
Zzzzzzzzzz......
Mak Mah: akim!! Bangun!! Ko da solat subuh ke belum??
Hakim: MUAAH!!(menguap).. Ngantuknye!! Ala,mak baru pukul 6.. Subuh habis pukul 6.59..
Mak Mah: Pukul 6 ape bendenye?!!! Sekarang dah pukul 7.30 la.. Bangun!!!!
Hakim: MUAAH!!(menguap).. Ye laa...




Remaja...
Dimanakah mereka??
Dimanakah mereka ketika ini??
Yang dimana pada suatu hari nanti,
Kan mentadbir dunia ini,
Suatu hari nanti...

Remaja kita,
Telah ditipu dunia yang fana,
Lalai dan leka,
Dari mengingatiNya...

Hancurlah dunia!!
Hancurlah Islam!!
Jika dirimu sebegini rupa,
Remaja Islam kini,
Hubbu dunia bermaharajalela,
Hubbu akhirat kau palingkan,
Dihanyut ombak penipuan,
Oleh manusia bertopengkan syaitan...

Duhai remaja...
Bangunlah,
Bangunlah remaja,
Dari tidurmu yang lagha,
Ayuh bangunlah,
Ayuh kembalilah,
Ke pangkal jalanNya,
Ayuh!!
Lahirkanlah generasi dahulu..

Insaflah!!
Ayuh bangkitlah!!
Engkau harapan dunia,
Tegakkanlah sinar harapan..

AYUH!!
Bangkitlah remaja harapan dunia,
Buktikanlah keluhuranmu,
Buktikanlah,
Generasi dahulu,
Telah kembali,
Bebaskanlah dirimu,
Dari kejahilan yang membelenggu,
Ayuhlah remaja!!
Kita berjihad di medan ujian,
Sanjunglah panji-panji keimanan,
Kerana disana menanti syurga idaman,
Duhai Remaja Harapan.



Sunday, June 6, 2010

Dari Sujud Ke Sujud


Rekahan bumi semakin jelas,
Angkara tangan manusia durjana,
Semakin hari semakin ganas,
Merobek segala jiwa terseksa,


Rebahkanlah wajahmu di tikar sejadah,
Hadapkanlah hatimu ke qiblat Baitullah,
Tuntunlah jiwamu menuju cintaNya,
Moga kebahagiaan bakal menjelma,


Dari sujud ke sujud,
Ku temui cintaNya...

Dari sujud ke sujud,
Ku dekati kasihNya...

Dari sujud ke sujud,
Ku hambakan diri padaNya...

Dan dari sujud ke sujud,
Ku akan terus mencari kasih sayangNya...


Ya Tuhan,
Ku gagahi tapak langkahku ini,
Ku lalui dengan penuh kekuatan,
Andai rebah di pusara dunia,
Ku mohon agar hidupku bermakna,
Kerna ku tahu KAU YANG MAHA KUASA...


Tanganku berdoa mengharap kasihMu,
Hatiku berbicara zikir padaMu,
Jiwaku berkata inilah cintaMu,
Dari sujud ke sujud ku tak jemu mencariMu...

A Friend who Cares

Let me be the rock to lean on
Hands to help you walk the path
Remove traces of confusion
You are in my heart.


When the morning sun rises
I will be your humming bird
To eliminate your distress
You are in my mind.


Your sad eyes filled with tears
Let me wipe it with caring stares
And we'll look on the sunset together
You don't need to go further.





When you feel everything is falling
let me raise you with my spirit
When pain resides in your heart
I will kiss it away with love.


When everyone is against you
I will stay and be your shield
Lift you up, be with you
I am your friend.


You are born in my heart
I will not disgrace your trust
Let me warm you with my love
Truly a friend, one who cares.

Friday, June 4, 2010